Thursday, September 8, 2011

25 th Besday...

Syukur Alhamdulilah, saya bakal menyambut ulang tahun kelahiran yang ke -25 tahun. Tapi bukan hari ni, ahad ini. InsyaAllah. malam ni, mood untuk mengupdatekan blog datang secara tanpa diduga..so, ini la..hasilnya.. Kecian kat blog ni, kurang touch up..hehe..lipstik tak de, bedak compact takde..cian betul..tunggu bila tiba masanye, diri mu akan berubah wahai my blog. Mak andam yang berbakat ini, akan touch up kamu ye.. Haaaa, melalut-lalut sudah. ok.. let's start.. It has been very wonderful 25 years, bitter and sweet experience makes the person who am i today. Thanks God. Jom-jom..nak buat wish.. Oh ,sangat banyak yang saya berharap dan berdoa kepada Allah SWT.

1. Sebagai seorang hamba kepada Allah SWT, saya bersyukur Allah kerana masih lagi bagi saya merasai kehidupan dunia yang sementara ini. Sempat lagi, saya menyambut kedatangan bulan Ramadhan tahun ini dan sempat lagi, saya mencari keredhaan Illahi dalam mengharungi liku-liku kehidupan. Syukur Alhamdulillah.

2. Sebagai anak kepada kedua-dua ibu bapa, saya berharap Allah memberikan kesihatan yang baik kepada kedua-dua orang tua ku. semoga Tuhan selalu memberkati keluarga Sapudin bin Ahamad. Semoga kebahagian ini, sampai ke syurga. InsyaAllah.

3. Sebagai seorang yang bergelar seorang perempuan dan dikenali sebagai tulang rusuk kiri seorang lelaki, saya sangat berharap yang pemilik tulang rusuk kiri yang bengkok ini, dapat diluruskan oleh seorang yang bergelar suami yang baik Ibadahnye dan Akhlak kerana Allah SWT. 

4. Sebagai seorang adik kepada 3 orang abang, saya berdoa agar, abang-abang saya dapat menjalankan tangungjawab yang baik sebagai ketua keluarga. Semoga kebahagian yang ada sekarang berkekalan sampai ke syurga.

5. Sebagai kakak kepada 4 orang adik, saya berharap dan berdoa agar adik-adik saya mencapai kejayaan di dunia dan akhirat... 

gud nite, blogger and blog walking....=)


1 comment:

  1. hepi bday sarah...semoga wish2 ko come true...amin~

    doakan aku skali...:D

    ReplyDelete