Thursday, November 4, 2010

Sesekali

Sesekali kita perlu derita
Sesekali kita perlu kecewa
Untuk kita mengenangi erti bahagia
Untuk kita mengenangi erti berjaya


Sesekali kita perlu menangis
Sesekali kita perlu terhiris
Untuk kita mensyukuri nikmat yang diberi
Untuk kita mengenali diri sendiri


Ujian yang datang menguji kesabaran
Mengukur keimanan dan ketaqwaan
Sebagai hamba kepada Tuhan
Kita harus bertahan


Jalan ke syurga penuh dengan likuannya
Penuh dugaan dan rintangannya
Hanya yang cekal dan yang tabah
Pasti kan menemuinya


Masihkah lagi mahu menghitung setitis mehnahNya
Jika dibanding dengan selaut rahmat dan nikmatNya
Seharusnya kita rasa bersyukur dan berlapang dada
Itulah tanda kasih sayang Allah kerana kita sering terlupa
Pohonkan doa kepada Tuhan agar beroleh keredhaan...


" Ya Allah, aku bermohon agar sentiasa dikuatkan hati menempuh kehidupan di dunia ini.
Tiada apa yang aku harapkan melainkan keredhaanMu.
Jadikan aku hamba yang sentiasa sabar dan bersyukur dengan nikmatMu yang tak mampu kuhitung. Amiinn..."