Tuesday, November 15, 2016

2016

Salam Semua,


Sekarang ni, sudah bulan november 2016, sudah di penghujung tahun. Sudah lama, saya tidak mengupdate Mawar Putih sampai sudah berhabuk dan penuh dengan cerita lama. Cerita baru, saya sudah menjadi menjadi seorang ibu kepada Muhammad Khalish. Banyak cerita tentang kelahiran, masa mengandung tentang khalish. Tetapi benda yang ajaib dengan izin Allah, adalah perasaan menjadi seorang ummi, seorang ibu sangat membahagiakan hati. Alhamdullilah syukur.






 

Sunday, July 14, 2013

my sis

Haih, budak-budak zaman skrg ni..pk nk senang cepat aje. nak mudah aje. nak perhatian lebih aje.
as a oldest sister,i try be the best for u, but please respect me,sis.. Time org bagi belajar ni, belajar la..
jangan main2..

~~Bila kaki baru jejak ke Kluang~~

Last weekend, saya pergi berjalan-jalan ke klaung bersama-sama dengan kawan-kawan masa belajar di UMT. Terima kasih diucapkan kepada jehan jamian kerna menyediakan segala-galanya untuk kami.. Jom tengak gambar kami di Kluang..

Thursday, September 8, 2011

25 th Besday...

Syukur Alhamdulilah, saya bakal menyambut ulang tahun kelahiran yang ke -25 tahun. Tapi bukan hari ni, ahad ini. InsyaAllah. malam ni, mood untuk mengupdatekan blog datang secara tanpa diduga..so, ini la..hasilnya.. Kecian kat blog ni, kurang touch up..hehe..lipstik tak de, bedak compact takde..cian betul..tunggu bila tiba masanye, diri mu akan berubah wahai my blog. Mak andam yang berbakat ini, akan touch up kamu ye.. Haaaa, melalut-lalut sudah. ok.. let's start.. It has been very wonderful 25 years, bitter and sweet experience makes the person who am i today. Thanks God. Jom-jom..nak buat wish.. Oh ,sangat banyak yang saya berharap dan berdoa kepada Allah SWT.

1. Sebagai seorang hamba kepada Allah SWT, saya bersyukur Allah kerana masih lagi bagi saya merasai kehidupan dunia yang sementara ini. Sempat lagi, saya menyambut kedatangan bulan Ramadhan tahun ini dan sempat lagi, saya mencari keredhaan Illahi dalam mengharungi liku-liku kehidupan. Syukur Alhamdulillah.

2. Sebagai anak kepada kedua-dua ibu bapa, saya berharap Allah memberikan kesihatan yang baik kepada kedua-dua orang tua ku. semoga Tuhan selalu memberkati keluarga Sapudin bin Ahamad. Semoga kebahagian ini, sampai ke syurga. InsyaAllah.

3. Sebagai seorang yang bergelar seorang perempuan dan dikenali sebagai tulang rusuk kiri seorang lelaki, saya sangat berharap yang pemilik tulang rusuk kiri yang bengkok ini, dapat diluruskan oleh seorang yang bergelar suami yang baik Ibadahnye dan Akhlak kerana Allah SWT. 

4. Sebagai seorang adik kepada 3 orang abang, saya berdoa agar, abang-abang saya dapat menjalankan tangungjawab yang baik sebagai ketua keluarga. Semoga kebahagian yang ada sekarang berkekalan sampai ke syurga.

5. Sebagai kakak kepada 4 orang adik, saya berharap dan berdoa agar adik-adik saya mencapai kejayaan di dunia dan akhirat... 

gud nite, blogger and blog walking....=)


Thursday, August 25, 2011

Alhamdullilah...

Assalamualaikum.. 

Syukur Alhamdullilah kepada Allah S.W.T.. ketika ini, hamba yang serba kekurangan ini, masih lagi bernafas di Bumi Allah..tempat persinggahan sementara sebelum menuju ke Akhirat. Alhamdullilah, ucapan yang selalu diungkapkan. Syukur dengan rezeki yang Allah bagi.. SesungguhNya, Engkau Maha Mengetahui dan Maha Pemurah. Alhamdullilah, Ramadhan ini, sangat bermakna. Semoga amal ibadah ku di terima oleh Mu,Tuhan. Ku berharap dan berdoa agar diri ini dapat lagi berpeluang untuk bersua muka dengan Ramadhan yang akan datang. InsyaAllah...

Sunday, July 3, 2011

Mengapa Hawa Tercipta Saat Adam Tertidur?


Seorang laki-laki jika dia kesakitan, maka dia akan membenci dan tidak suka kerana menyakitinya. Sebaliknya wanita, saat dia kesakitan, maka semakin bertambah sayang dan cintanya, Seandainya Hawa diciptakan dari Adam As saat Adam terjaga, pastilah Adam akan merasakan sakit keluarnya Hawa dari sulbinya, hingga dia membenci Hawa. Akan tetapi Hawa diciptakan dari Adam saat dia tertidur, agar Adam tidak merasakan sakit dan tidak membenci Hawa. Sementara seorang wanita akan melahirkan dalam keadaan terjaga, melihat kematian dihadapannya, namun semakin sayang dan cintanya kepada anak yang dilahirkan bahkan ia akan menebusnya dengan kehidupannya.

Sesungguhnya Allah menciptakan Hawa dari tulang rusuk yang bengkok yang tugasnya adalah melindungi Qalbu(jantung, hati nurani). Oleh karena itu, tugas Hawa adalah menjaga qalbu. Kemudian Allah menjadikan nya bengkok untuk melindungi qalbu dari sisi yang kedua. Sementara Adam diciptakan dari tanah, dia akan menjadi petani, tukang batu, tukang besi, dan tukang kayu. Wanita selalu berinteraksi dengan perasaaan, dengan hati, dan wanita akan menjadi seorang ibu yang penuh kasih sayang, seorang saudari yang penyayang, seorang puteri yang manja, dan seorang isteri yang penurut.


Dan wajib bagi Adam untuk tidak berusaha meluruskan tulang yang bengkok tersebut, seperti yang dikhabarkan oleh Nabi Muhammad SAW,

“Jika seorang lelaki meluruskan yang bengkok tersebut dengan serta merta, maka dia akan mematahkannya.”

Maksudnya adalah dengan kebengkokkan tersebut adalah perasaan yang ada pada diri seorang wanita yang mengalahkan perasaan seorang laki-laki.

Sunday, June 5, 2011

~Rejab Kembali lagi..


Nabi Sallallahu 'alaihi wasallam bersabda bermaksud:"Bulan Rejab bulan Allah, bulan Syaaban bulanku, dan bulan Ramadhan bulan umatku."

Bulan Rejab juga dianggap bulan istimewa kerana pada bulan ini berlaku peristiwa Isra' dan Mikraj Nabi Muhammad Sallallahu `alaihi wasallam.
Di antara amalan yang baik diamalkan di bulan Rejab ialah puasa dan bersedekah. Banyak hadis-hadis Nabi Sallallahu `alaihi wasallam menyebutkan tentang kelebihan puasa di bulan Rejab. Antaranya sebagaimana hadis yang diriwayatkan oleh At-Tabarani daripada Sa`id bin Abu Rashid bermaksud : ("Barangsiapa berpuasa sehari daripada bulan Rejab maka ia seperti berpuasa setahun, dan barangsiapa berpuasa daripadanya (bulan Rejab) tujuh hari, ditutup daripadanya pintu-pintu Jahannam (neraka), dan barangsiapa berpuasa daripadanya lapan hari, dibukakan baginya lapan pintu syurga, dan barangsiapa berpuasa daripadanya sepuluh hari, tidak meminta dia kepada Allah melainkan diberikannya, dan barangsiapa berpuasa daripadanya lima belas hari, menyeru orang yang menyeru dari langit : " Sesungguhnya diampunkan bagimu dosa-dosa yang lalu maka mulakanlah amal", dan barangsiapa menambah (hari puasa), Allah menambahnya (kelebihan).")


P/S:: Selamat Beramal, sama ingat-mengingati.=)